Thursday, October 23, 2014

L E G A S I

M E N G H I T U N G  H A R I


Wahai anakku,
Sesiapa yang kamu bertemu, itulah manusia yang ditakdirkan Allah untuk muncul di hidupmu pada waktu itu. Ia bukan satu kebetulan, tapi satu ketentuan. Setiap manusia di keliling kamu membawa mesej sesuatu untuk dipelajari kamu atau membantu kamu dalam hal-hal yang sedang dihadapi kamu.

Wahai anakku,
Setiap apa yang berlaku pada hidup kamu, itu adalah perkara yang ditakdirkan berlaku pada waktu itu. Apa yang kamu alami tidak mungkin berlaku dalam cara yang lain selain daripada cara yang Allah izinkan ia berlaku. Tiada ruang untuk andaian kamu: “Kalau sedemikian, mungkin ia boleh dielakkan.” Ingatlah wahai anakku, setiap apa yang kamu alami adalah sempurna, dan ia bersesuaian dengan keperluan kamu ketika itu sebagaimana yang dirancang Allah.

Wahai anakku,
Setiap waktu yang berlaku sesuatu perkara adalah masa terbaik untuk perkara tersebut berlaku. Tiada apa boleh berlaku tanpa keizinan-Nya, maka dengan itu, waktu segala apa yang berlaku ialah waktu yang paling sesuai untuk ia berlaku untuk kamu. Asalkan kamu bersedia, setiap waktu adalah waktu terbaik untuk kamu memulakan langkah.

Wahai anakku,
Segala apa yang berakhir, sudah berakhir. Ia mudah sebagaimana titik noktah di penghujung setiap ayat. Apabila ada perkara yang berakhir di hidup kamu, sesuatu yang baru akan bermula. Jika ia ada di ingatan, ia boleh berkekalan. Apabila ia tamat, ia adalah satu permulaan yang baru.

Wahai anakku,
Kamu terbaca tulisan ini bukan satu kebetulan. Kalau tulisan ini menyentuh sanubari kamu, ia juga bukan satu kebetulan. Ia menandakan masa kamu sudah tiba untuk memahami sesuatu sebagaimana sekeping salji tidak mungkin jatuh di tempat yang salah. Kongsilah kepada mereka yang memerlukannya. Perkongsian kamu bukan satu kebetulan.

Senyum

Dipetik dari FB Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)



Followers

the more powerful the photo, the less it makes viewers think about photographic technique, and the more viewers tend to think of the subject matter, with technique forgotten.

Harold Davis (Photo.Net)

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP