Tuesday, August 26, 2014

Ruang dan Masa


Kerja, Keluarga, Anak-Anak, Tanggungjawab, Hobi, mengisi perjalanan masa kita.  Emosi, Suara, Gelora, Keluhan, Rintihan, Desakan, Harapan, menguasai keseluruhan ruang keberadaan kita.  Di manakah kita?  Mengalir bersama ayunan masa dan alunan ruang. Diam atau Riuh nya ruang itu tetap menuruti garisan Qada dan Qadar-Nya.  Utarakan alasanmu sehebat mana, Pecutkan usahamu sejauh mana, namun tidak akan melintasi garisan halus itu, sehalus rasa yang disangkal akal.  Dan bila masa itu tiba, tiba-tiba, sekelip mata, tanpa isyarat mahupun dengan tanda, barulah kita umpama sedar, betapa perjalanan itu kita persia-siakan.

Diamlah seketika, Tutup matamu, Buka hatimu, Tarik nafasmu, Hentikan masa, Pegunkan ruang itu dan amatilah.  Pulanglah....Marilah Pulang...

Innalillahi WaInna Ilaihi Rojiun.
Semoga kita dan mereka diampuni segala dosa, dilapangkan kubur, dan kembali pada-Mu, Allahu Robbi dengan jiwa yang tenang dan Engkau redhai.  Semata-mata kerana-Mu, Hanya kerana-Mu.  Titik.

Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Damai Dengan Takdir-Nya

"Kebahagiaan itu ialah sejauh mana kita berdamai dengan takdir-Nya"


Monday, August 25, 2014

Baby's Love


Baby Adam giving a love gesture.
 
Nikon D90 with 50mm f1.4
Kepayan, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Monday, August 18, 2014

Re-Fresh








Location : Kompleks Belia dan Sukan, Putatan, Sabah
Canon EOS 70D (Courtesy of Stefan Oceandu Greater)
Ef-s 18-200mm f/3.5-5.6

Followers

the more powerful the photo, the less it makes viewers think about photographic technique, and the more viewers tend to think of the subject matter, with technique forgotten.

Harold Davis (Photo.Net)

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP