Tuesday, October 23, 2012

Susahnya Untuk Berserah

Kadangkala kita rasa kita tahu tapi sebenarnya tidak tahu.
Kadangkala kita rasa kita tahu tapi sebenarnya kita memang tahu cuma tidak sedar...
Kita tahu apa itu berserah tapi kita tidak sedar setiap amalan yang dilakukan langsung tidak berserah...
Jadi apakah yang dimaksudkan dengan berserah?

Wallahualam...aku pun sebenarnya tidak tahu sehinggalah ditimpakan pelbagai fitnah dunia dan itupun masih tidak tahu sehinggalah diberitahu oleh seseorang bahawa masalah ku sebenarnya ialah sukar untuk berserah....fuhhhh...terasa macam kena tamparan pedih.

Tapi adakah sudah sedar? hmmm....macam kejap sedar kejap lupa...insomnia selalu..

hinggap sebentar mengambil bekalan sebelum meneruskan perjalanan


Tidak semua perkara boleh dibicarakan di tempat umum begini. Namun sekadar suatu perkongsian moga ada yang terdetik di hati...oh begitu pula...

Ingin ku kongsikan pengalaman apabila kereta dicuri dari rumah setahun yang lepas kerana impak dan trauma yang begitu mendalam dan berbekas pada diri.  Bayangkan apabila itulah satu-satunya kereta untuk kegunaan keperluan asas seharian tiba-tiba lesap di suatu pagi betul-betul sebelum bertolak memulakan rutin harian.  Terduduk dan tergamam bagaimana benda yang begitu besar, berat dan bising bunyinya boleh hilang sekelip mata tanpa sesiapa pun menyedarinya.  Baru semalam digunakan, pagi sudah hilang.  Bagaimana perkara yang dianggap biasa atau "take for granted" yang apabila hilang umpama hilang kedua-dua belah kaki?

Peliknya apa yang terlintas difikiran selepas beberapa saat terkejut? Itu baru kereta hilang... Bagaimana kalau nyawa yang tiba-tiba hilang, tanpa sebarang tanda dan amaran? Sudah bersediakah untuk menetap di "rumah" kedua sebelum berbaris di padang mahsyar nanti? Bagaimana dengan mereka yang akan ditinggalkan?  Banyaknya kerja-kerja yang belum siap, kerja duniawi, kerja ukhrawi? yakkssss...

Dan bagaimana pula kalau nyawa orang yang dekat dengan kita yang disayangi pula hilang? Sudah puaskah kita menggunakan masa kita yang ada dengan mereka.  Adakah kita betul-betul menghargai kewujudan mereka disisi kita? Kita tahu mereka ada tapi tidak sedar mereka ada sehinggalah kita kehilangan mereka...? aduhaiiii...

Sebab itu juga yang peliknya aku tidak pernah benar-benar marah pada si pencuri-pencuri itu kerana apa yang jelas dihadapan mata hati ketika itu ialah AMARAN dari Allah.  Sampai bila mahu leka? Sampai bila mahu sedar? Tunggu malaikat Izrail sudah ada disisi?  Sudah lupakah destinasi sebenar?

Jadi dimana konsep berserah tu? Sabar, sabar...teruskan membaca...

Nah itu baru tersedar pada persoalan utama.  Beberapa siri tindakan yang terhasil menunjukkan keimanan yang lemah, tahu tapi tidak sedar dan terbukti pada kepincangan tindakan.  Bila terdesak biasanya manusia akan berbuat apa sahaja untuk mengatasi masalah tersebut dan akulah manusia itu.  Meminta tolong ustaz dari Semenanjung untuk tolong 'tengok'kan siapa, dimana pencuri-pencuri dan kereta itu berada dan meminta tolong 'mendoakan' agar pencuri tu akan mengembalikan kereta tersebut.  Hasilnya, kereta masih hilang.  Kemudian meminta tolong lagi dengan berjumpa 'orang pandai' di daerah X yang rupa-rupanya seperti menggunakan khidmat 'sesuatu' untuk 'melihat' dan 'memanaskan' pencuri tersebut.  Hasilnya masih juga hilang agaknya mungkin disebabkan aku sendiri tidak begitu mempercayai dan tidak begitu selesa serta terasa kaedah tersebut salah, cuma berpegang atas alasan mahu 'berusaha' apa saja.  Ternanti-nanti hasil yang segera yang ternyata masih mengecewakan.  Aku pun berusaha sendiri.  Cuba mengamalkan bacaan surah Yassin dengan ulangan tertentu sebagai kaifiat mengembalikan barang yang hilang. Akhirnya sesuatu mula membisik dalam naluri.

"Siapa yang memberi izin pada tiap terjadinya sesuatu? Siapa yang punya KUASA yang lebih besar yang mampu menguasai sekecil zarah hinggalah pada sebesar alam maya?  Siapa yang memegang hati manusia itu? Mengapa bersandar dan meminta tolong pada ustaz, orang pandai, diri sendiri malah pada surah Yassin itu sendiri?  Bukankah itu syirik?"

Diri tersentak, mula redha pada kehilangan, mula menerima kesilapan yang dilakukan.  Mula berdoa bersungguh-sungguh dan isi doa itu bukan lagi meminta agar kereta itu dikembalikan namun memohon keampunan-Nya, memohon belah ihsan dan kasih-sayang-Nya.  Kembalikanlah hamba ini ke jalan yang benar. Allahu Akbar...

Alhamdulillah dengan izin dan rahmat-Nya, akhirnya kereta ku dijumpai genap seminggu selepas kehilangannya. Kereta itu tidak dijual seperti kebiasaannya berlaku pada kereta yang pernah dicuri (iyelah.. mana ada duit mau beli kereta baru...).  Setiap kali melihatnya aku teringat trauma yang dialami dan kesilapan yang dilakukan.  Semoga menjadi peringatan buat diri yang sekejap ingat sekejap lupa.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi sudah nampakkah dimana konsep berserah yang kita tahu tapi tidak dilaksanakan itu?

- Berhabis-habisan mencari rezeki sungguhpun rezeki kita sudah pun ditetapkan jumlahnya. Namun kita masih juga susah hati kalau duit sedikit kan.  Kita juga susah hati kalau anak ramai takut tidak dapat beri makan, tidak dapat beri kesenangan pada mereka. Di mana kedudukan Allah dihati pada masa tu?

- Beli bermacam harta duniawi termasuk insurans-insurans dan simpanan dengan bunga setinggi mungkin.  Menimbunkan harta takut tidak cukup nanti di kemudian hari.  Kita sudah pastikah itu dapat menyelamatkan kita nanti.  Disedapkan lah hati dengan alasan sekurang-kurangnya bersedia. Di mana kedudukan Allah dihati pada masa tu?

- Mengejar kerjaya dan pangkat duniawi serta melaksanakannnya separuh mati konon atas alasan memartabatkan dan kata Allah dah beri.  Namun kita lupa tanggungjawab kita sebenar kerana mendahului urusan kerja daripada urusan ukhrawi... adoiiii..aku la tuuu..

- Mengatakan Allah adalah Tuhanku namun meminta-minta pada makhluknya.  Mendahului makhluk daripada Allah.  Alasannya berusahalah konon.  Sepatutnya apa-apa sahaja yang dilakukan dahulukanlah dengan doa (meminta) pada-Nya baru dilaksanakan amalan-amalan yang dilabelkan sebagai USAHA.  Kita lupa ayat yang selalu diulang " Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan" - AlFatihah:5

- Mengatakan akhirat itulah tujuan tapi segala amalan menunjukkan kita masih mementingkan dunia.  Keluh kesah, susah hati, sakit hati, geram bila dunia hilang dari genggaman...aku lah tuu...huhuhu... cakap tak serupa bikin...

- Akhirnya kita akan dibangkitkan sendirian juga tanpa sesiapa yang dikenali disisi tanpa apa-apa pun.  Kita akan sendiri juga nanti, jadi janganlah dirisaukan apa yang tidak ada pada diri.  Semua akan musnah.

Semua ini adalah peringatan untuk diriku. Mata yang semakin kabur, ingatan yang semakin lupa.  Kalau terasa baguslah, bermakna hati kita masih lembut dan ada sinar Nya....Alhamdulillah.  Segala yang baik malah yang buruk juga adalah dari-Nya, dengan izin-Nya.  Terimalah...Redhalah...Apa yang ada disisi pada saat ini itulah rezeki kita, itulah ketentuan untuk kita.  Lupakan apa yang hilang, jangan diidamkan apa yang ada pada masa hadapan.

Ya Allah, jauhkan lah dunia dari hatiku..

Hasbunallahu Wanikmal Wakil.  
Cukuplah Allah bagiku...

Sony CyberShot
Location : Penampang, Sabah, Malaysia

Saturday, October 20, 2012

Sad Soul

So the unwanting soul
sees what’s hidden,
and the ever-wanting soul
sees only what it wants....


 Single teardrop on the flower
Single feeling of dampness and sore
What can I do...What can I say...Just Go With It..
Is it guilty to feel sad..?

Do not look back,
No one knows how the world ever began.
Do not fear the future, Nothing lasts forever.
If you dwell on the past or future,
You will miss the moment.

 But...
Sometimes, you’ll never know the true value of a moment until it becomes a memory.
----------------------------
Photo taken with Sony Compact Camera

Tuesday, October 16, 2012

Arang vs Berlian


Berlian yang cantik terhasil akibat tekanan demi tekanan dan suhu yang tinggi
disebabkan tekanan itu ianya menjadi sangat berharga
diletak di tempat yang mulia...

Arang Batu tercipta dengan unsur yang sama seperti berlian iaitu Karbon
namun bezanya Arang kurang tekanan
yang akhirnya dijadikan sebagai bahan api....



“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 
“Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?”
[ Al-Ankabut:2 ]

Ujian demi Ujian ditimpakan kepada hamba-Nya kerana Dia ingin mendengar rintihan kita, bisikan kita pada-Nya. Ujian demi Ujian terus diberikan sepanjang hayat kita untuk mengingatkan, mendidik dan menghapus dosa agar kembalinya kita nanti adalah dalam redha-Nya. 

Oleh itu janganlah keluh kesah bila merasakan tidak pernah mengecapi kebahagiaan. Usahlah menuntut kepada-Nya balasan kebahagiaan duniawi dan ukhrawi atas amalan yang kita rasa telah sempurna dilaksanakan.  Usahlah merasa puas hati kerana merasakan telah banyak amalan dan kebaikan yang dilakukan kerana sesungguhnya kudrat beramal itu sendiri adalah kasih-sayang-Nya kepada kita. 

Kerana segala-galanya adalah ujian untuk menguji tautan hati kita kepada-Nya. Subhanallah....


Namun memang mudah untuk kembali kepada-Nya apabila ditimpakan ujian penderitaan.  Yang paling sukar adalah untuk sedar bahawa nikmat kesenangan dan kebahagiaan itu juga adalah Ujian dari-Nya.  Inilah yang kerapkali menyebabkan diri tersungkur.  Lupa segala kebaikan dan keburukan itu adalah dengan izin-Nya.  Mudah untuk diperkatakan namun begitu sukar untuk mengamalkannya.

Mampukah kita sekuat Berlian? Mampukah menahan ujian demi ujian, tekanan demi tekanan selagi hayat masih dipinjamkan? Keluar sahaja keluhan dari mulut akan jadilah kita umpama arang, dimanakah berakhirnya arang? Mengurus diri sendiri sahaja sudah tidak ada daya upaya, apatah lagi untuk menghadapi ujian berpanjangan? Betapa banyaknya pelita demi pelita yang mengeluarkan cahaya namun sedarlah cahaya itu hanyalah satu.  Adakah kita punya pilihan lain selain berserah pada-Nya? dan terserah pada-Nya...
Berdoalah. Mintalah pada-Nya.  Just go with it...
والله أعلمُ بالـصـواب

لا حول ولاقوة إلا بالله

"Tunjukkilah kami jalan yang lurus"
[ Al-Fatihah : 6 ]

------------------
Peringatan buat diri ini yang sering lupa.
Nikon D90 with Tamron SP90mm
Location : Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Saturday, October 13, 2012

Sweet Surrender



you said you love Me
then why bother if all people despise you...
you said you follow Me
then why you choose others in good times
only return to Me in bad times...
you said you wanted My blessings
but your action said otherwise.

sweet surrender
is letting go of everything, asking for nothing
but only Him.

I want to go home
Home is where Love is...


Pulse Infrared Modified Camera
Nikon D80 with Nikkor 18-105mm
Location : Brunei Darussalam

Followers

the more powerful the photo, the less it makes viewers think about photographic technique, and the more viewers tend to think of the subject matter, with technique forgotten.

Harold Davis (Photo.Net)

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP